26 November 2010

Minggu Pertama - SPM

Selamat sejahtera.

Saya nak cerita pasal SPM. Minggu pertama ni ada paper BM, BI dengan Sejarah. BM dengan BI was quite fun. Boleh lah sengih-sengih sebab soalan untuk komsas dengan literature kemain senang saja ke apa LPM ni?

23Nov2010 -

Bahasa Melayu 1 (8.00pg - 10.15pg)
Karangan lalala. Bahagian A pasal pengamalan gaya hidup sihat. Lalala. Boleh buat. Lalala takda masalah. Happy tapi agak cuak untuk bahagian B sebab tetiba pengawas tu cakap Masa ada lagi 10 minit tapi saya belum sampai penutup. Mulalah melipas kudung, akhirnya. Taraa! 416 patah perkataan.

Saya cadangkan korang kalau nak buat karangan pepanjang, lepas siap satu perenggan. Kira terus. Nanti gelabah tak cukup time nak kira. Ada effect ke kalau kita tak kira? Takda kan?

Overall, fantastic I like.

Bahasa Malaysia 2 (2.00ptg - 4.30ptg)
Paper terbaik sebab dah terbocor dekat Kedah. Thanks Fateen Insyirah for the info. Mula-mula aku bagitau orang yang ada kat sekeliling saya je. Pastu ada jugak yang kecil hati cakap aku memilih orang nak bagitau. Huk aloh. Takkan saya nak gi pejabat amik microphone buat announcement kot? Gilope?

Kalau dah bocor tu, senang lah jawabnya kan? -_-" Tapi prosa tradisional, I'm still suck at it. Sumpah saya tak boleh jawab. Bantai je habis 8 markah hilang camtu saja.

Lepas tu boleh pulak aku mimpi malam tadi, Lembaga Peperiksaan Malaysia ada twitter heh! Siap tweet,

"Makluman kepada semua calon SPM 2010. Anda perlu mengambil semula peperiksaan Bahasa Melayu kertas 2 pada 21 Disember 2010. Sekian terima kasih. #SPM"
Terkejut beruk saya tahu! Bangun-bangun pagi tadi. Terus search #SPM. Scroll-scroll sampai yesterday's date. Tak jumpa. Nasib baik mimpi je. Alhamdulillah.

Lepas dah jawab BM ni. Rasa cam dapat A je? Ahem. Ehem tak boleh, tu nampak E tu. Bahaya!

24Nov2010 -

Bahasa Inggeris 1 (8.00pg - 9.45pg)
Essay essay kebabom. Boleh tahan senang. Section A buat informal letter. But what the hack is wrong with me. Letak tandatangan dekat belah kiri. Ok bodoh gila. 3 markah, byebye.

Section B aku buat cerita sedih. Start essay dengan "Its been raining all day..." sambungan jela-jela dia saya buat cerita sedih tahap ayaq mata meleleh punya. Kalau si pemeriksa tu tak menangis. Hati dia keras. Keras yang amat sangat ;P

Bahasa Inggeris 2 (10.3opg - 12.45tgh)
Soalan dia, ratio yang 3:2:1 tu memang nampak ah. Ada susah ada senang. Ada yang tak berapa nak susah. Tapi disusahkan sebab mata spyro tak nampak isi tu dalam passage. 15 minit terakhir baru nampak. Terus angkat tangan, I nak berambus early. :P

25Nov2010 -

Sejarah 1 (8.00pg - 9.00pg)
Amboi kemain susah. Aku gatal tangan pi kira after SPM. dapat 20/40. Memang tak bau A ah T.T Lepas tu soalan pasal Hitler. Damn weh aku silap tanda kat kertas JOB! #gimam ah. Yang penting sekarang, its over. OVER!

Sejarah 2 (10.00pg - 12.30tgh)
Soalan 1 dengan 2 memang saja buat calon tersengih sorang-sorang. Bukak soalan 3 dengan 4. Okay nak tido kejap boleh? Lepas tu soalan 5. Ok senang. Buat esei jela sikit. Lepas tu tengok options lain. Ada globalisasi. Hah boleh lah jawab ni. KBKK semua aku sapu. Dapat ah jugak 30 markah camtu. I need 50/100 for paper 2 untuk dapat C untuk subject ni. Pehh.

"GRED PEMARKAHAN UNTUK SEJARAH MESTI DITURUNKAN!"
- Cikgu tuisyen Shaick. Eleh.


2A 1C setakat ini. Weh tekaan je. Kau jangan ingat aku over confident lak! Haha.

3 Awan:

Ninaa. berkata...

Jangan lupa predict yang nanti nanti jugak :p

zainalalieff berkata...

Haa tu satu kewajipan. Tapi kang takut tak dapat as predicted. Mula ah frust nonggeng.

fareeza mukhris berkata...

haha
good luck for the next paper yaww!!
keep fighting