Salam Khazanah Alam.
Aku sekarang dah mula menapak dalam perjalanan hidup yang baru. Kira new chapter in my life lah. Aku sekarang dah jadi pelajar UiTM. Memang rasa macam pelik masuk universiti. Jadual belajar bebas gila. Tapi kalau kau tak atur sendiri. Memang jangan mimpi la nak berjaya.
So far, aku dah atur jadual aku baik punya. Memandangkan classes aku kebanyakannya pagi, petang dan malam. Tengahari aku memang tak terganggu dan selalunya aku tidur. Betul, aku tidur. Malam lepas class yang habis pukul 10 tu, baru aku pergi bilik membaca or where ever tempat tenang, aku buat reading sikit.
Subjects yang serious aku tekankan kat sana are MAT112 dengan MGT162. ACC106 aku tak berapa nak tekankan sangat sebab dia agak sama dengan SPM. So nothing to worry sangat.
Satu lagi cerita best! Aku ni pelajar ambilan LEWAT UiTM sebab kesilapan Unit Pusat Universiti(UPU) sendiri. Masa aku semak di http://upu.mohe.gov.my tu, diorang maklumkan aku tak dapat tempat la apa la. Lepas sebulan gitu, baru aku ambik port nak semak terus dekat laman web UiTM. Aku dapat. Sedih sebab aku dah buat tingkatan 6.
Waktu MDS. Ramai jugak sama kes dengan aku. Aku mula-mula segan nak bagitau aku daftar lambat sebenarnya. Tapi since ramai dah cakap dulu. Apa lagi, melaharlah aku mengutuk UPU. Serious bodoh.
Kembali kepada soalan, aku sekarang di UiTM Pahang kampus Jengka.
Dan aku gembira di sana. Hehe bye!