14 September 2010

Apakan daya, masa tak akan kembali....

OMG (Oh Menarik Gila) Affin bank terlalu kreatif sampai aku dah tersebut-sebut "Oh Menarik Gila"

Apa yang menarik gila ni?!

Ceh macam lah nak buat iklan bodek Nuffnang. Hehe nanti nanti. Nanti I buat okay?

Sekarang aku nak cerita pasal macam mana aku celebrate Syawal 2010. Taknak cerita pasal first day sebab bosan sebab balik kampung lepas tu malam pergi lepak dengan cousin minum kopi dekat Khaleel Bukit Gambir, Penang. Oh ya, mesin reload XPAX yang dari tahun 2009 rosak masih belum dibaiki. Sedih betul -.-

End of 1st Syawal. Bosan kan?

Raya kedua, OMG BEST NYA! Pergi ziarah kubur arwah Tok Alam dengan arwah Unc Awal. Lepas tu pergi rumah Tok Min. Tapi malang sekali aku tunjuk ego taknak makan dengan golongan tua, nak makan dengan sepupu seumur dengan aku, so terlepas nak makan sebab mama nak chow awal sebab nak pergi check in hotel. Yada yada yada pergi minum soya, makan tauhuey belakang rumah Umi. The best tauhuey lah I tell you! Best in Penang!

Lepas tu balik ke rumah Umi siap-siap nak gi rumah Cek Neah dekat Tanjung Bungah. Open house catered by Shang-Ri La Hotel kau! Dont play play! Kambing dia pffth lembut sedap rasa semua blend ah. Lepas tu ABC buat sendiri, lepas tu Teh Ais Blended -_- Aku igt macam mana lah sepupu aku buat, rupanya ais untuk ABC tu kau campur dengan Teh Tarik -,-

Lepas habis rumah Cek Neah, balik rumah Umi main perang mercun. Mula-mula main bodoh-bodoh je baling mercun pop pop. Pastu mercun pop pop habis, baling mercun telur naga. Ambik kau lintang pukang lari! Semua orang cam hyped gila masa tu :')

Kat rumah Cek Neah ah collect duit raya paling banyak. Sebab semua tok tok sedara, aunties and uncles semua kat situ, apa lagi. Collect ah! Tapi kena jawab soalan wajib, "Ni anak sapa?" aku, "Anak Azimat *senyum lebar mengharapkan duit raya*" Oh yeah, satu lagi soalan! "Working or studying?" Pffth.

Lepas tu habis perang. Sesi penutupan, mercun yang macam fireworks tu, ok fine yang tu menarik. Part yang tak menarik, dalam dia ada cam biji2 ke apa aku pun taktau kena dagu aku sumpah sakit. Kak Farah kena kat lengan dia. Alhamdulillah takda apa. Aku igt kan kulit aku dah melecur ke apa tapi hek eleh, macam kena batu kecik je.

Lepas tu balik hotel tido :)

Lepas tu bangun tengahari sebab terlalu penat. Tengah hari pi makan nasi kandaq kat Deen(Jelutong) Pastu gi rumah Umi. Lepas tu lepak lepak borak gelak ketawa blablabla. Salam sebab nak balik ke KL.

Sebelum ke KL. Singgah Kulim pi rumah makcik. Lepas main dengan cucu makcik aku, merangkap anak kepada sepupu aku, dan anak buah kepada sepupu aku punya adik yang juga sepupu aku. Okay saja bikin blur. First time aku dukung baby yang betul-betul dukung tanpa baby tu menangis :')

Makan Laksa penang+kedah style. Sedap weh, though its her first time buat laksa, its not bad! Lepas tu Zupp meluncur ke KL.

Paling tak tahan, 9 jam duduk dalam kereta dari Kulim ke KL. Masa pergi dulu 3 jam je. Hmm.

RAYA 2010 BEST KECUALI SATU INSIDEN BIKIN AKU PANAS SAMPAI RASA TAKNAK MENGAKU DIA AKU PUNYA ...... heheh takde lah.

07 September 2010

Gambar Gliderados

Hah meh cuci mata. Aku tau nak dekat-dekat raya ni korang dok tengok lampu liplapliplap je kan. Rosak iris korang. Sekarang tengok haiwan peliharaan kakak yang dijaga oleh saya. Boleh tak gitu kakchik?
Meet Amla & Bafia!

Hah menggagau cari susu.


Eh silap ni abang depa, Bo yang dah hilang tu :(
(March 2010 - September 2010)

Haa ni mak pak depa. Dont ask me why the daddy is very yellowish.
Tak cukup nutrient. Previous owner tak jaga elok kot.

Ini pun mak pak depa.

Comel kan? Bela ah bela! Bela! Bela ramai-ramai! Tak, tak marah pun.
Mengadanye lah hai.

Akhir kata, FUYOH! Tomeyh nyep mewnartunk nieyh!

Entri pendek #2

What the hell? Now they want a war!
Majikan-majikan boleh berhenti bagi gaji dekat pekerja dari seberang.
Tengok diorang boleh survive ke tak.

TAK SEDAR DIRI!

06 September 2010

Lawak dan kelakar.

Gila ah semalam! Malu malu malu! Aku on the way ke Wangsa Maju dari KLCC lepas gi buka puasa yada yada yada. Dalam train macam biasa ah, kalau time-time gitu, memang penuh ah manusia nak pulak budak-budak sekolah gi beli baju raya ngan kawan-kawan.

Ok, masa aku berdiri tu, aku rasa cam ada orang pandang-pandang aku. Aku takda ah nak ambik peduli sangat. Aku taktau apsal aku dengan orang yang pandang aku tu, dok usha sesama sendiri. Dalam otak aku tengah dok memikir, "Siapa mamat ni? Asal macam kenal?" Muka sebijik cam senior aku dulu. Yang bezanya senior aku dulu tu, lembut sikit. Tak sikit. Banyak. Lembut banyak.

Tapi waktu dalam train tu, mamat yang macam senior aku tu nampak keras. Takde ah keras sangat. Macam biasa ah. Aku mula ah nak memikiaq, "Biar betul dia ni? Mimpi apa sampai berubah?" Lepas tu aku gagahkan diri, pi tanya dia, "Weh nama kau Amirul eh?" Dia buat muka macam apahal-budak-ni then kebetulan sampai stesen Damai. Aku buat-buat dah sampai sebab tak sanggup tahan malu.

Turun LRT. aku cakap dalam hati, "#$%^&* asal aku gi tanya camtu!"

Ok next train. Aku masuk, berdiri sebelah ramaiiii perempuan teenagers yang sama-sama tunggu train dekat KLCC. Aku dengar sorang "Bukan tadi dia dapat train sebelum kita ke?". Haha! Siot betul jaga ah kain sendiri.

Ok cerita kelakar pulak, masa ni nak sampai stesen Setiawangsa. Train tu slowing down ah nak stop kan. One girl ada DSLR tergantung kat lehaq dia. Dia nak terjatuh, boleh pulak kawan dia pegang DSLR orang tu instead of pegang kawan dia yang dah nak terjatuh?

Aku gelak lepas tu laju-laju bawak kluar phone konon baca SMS kelakar -__________-

Lepas tu semua perempuan tu pandang aku buat muka slack.

Bye.

05 September 2010

Oh dah nak raya!

Hari raya sebenarnya 10 atau 11? Dalam kalendar aku ni, dekat nombor 11 kena bulat dengan warna biru which is hari Sabtu. Tapi pekerja-pekerja Restoran Ayahanda cakap, raya hari jumaat. Musykil I. Takpe, tunggu orang duduk atas sofa pakai baju melayu lengkap buat announcement(I've no idea who is he)

Tahun ni aku akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. Tapi! Petang raya pertama tu, kitorang akan gerak ke Penang. Yeh yeh balik Penang jumpa umie, papa, pakcik, makcik, cousin kedua, ketiga dan seterusnya -.-

Tapi malang sekali, some cannot make to Penang sebab trial lepas raya tu ah! Macam kena-kena je. Trial kalau disebut laju, bunyi tRAYE. Apa-apa je ah. Rasa mual bila cakap pasal trial. Apatah lagi SPM.

Sekarang aku nak tanya, kuih raya dah siap? Duit raya dah taruk dalam paket hijau? Kalau dulu paket semua hijau je sekarang kalerful! Kan? Dah godek almari cari resipi rendang tok nenek? Dah belajar anyam ketupat? Hehe.

Dan yang paling penting, dah beli baju raya? Kenapa orang panggil baju raya? Memang baju tu special untuk dipakai masa hari raya je ke apa? Lepas habis Syawal kau jangan mimpi nak pakai baju tu dah, tunggu Syawal tahun depan, gitu?

Ok ah nak belajar buat ketupat. Bye. Aku tipu je.

04 September 2010

Entri pendek #1

Assalamualaikum.
Meluat layan manusia yang tak matang.
Tak mengenang budi.







Terlalu bengang.







Kau boleh belah!
Aku tak payah kerja. Carry the title cukup. Boleh ke macam tu?