06 September 2010

Lawak dan kelakar.

Gila ah semalam! Malu malu malu! Aku on the way ke Wangsa Maju dari KLCC lepas gi buka puasa yada yada yada. Dalam train macam biasa ah, kalau time-time gitu, memang penuh ah manusia nak pulak budak-budak sekolah gi beli baju raya ngan kawan-kawan.

Ok, masa aku berdiri tu, aku rasa cam ada orang pandang-pandang aku. Aku takda ah nak ambik peduli sangat. Aku taktau apsal aku dengan orang yang pandang aku tu, dok usha sesama sendiri. Dalam otak aku tengah dok memikir, "Siapa mamat ni? Asal macam kenal?" Muka sebijik cam senior aku dulu. Yang bezanya senior aku dulu tu, lembut sikit. Tak sikit. Banyak. Lembut banyak.

Tapi waktu dalam train tu, mamat yang macam senior aku tu nampak keras. Takde ah keras sangat. Macam biasa ah. Aku mula ah nak memikiaq, "Biar betul dia ni? Mimpi apa sampai berubah?" Lepas tu aku gagahkan diri, pi tanya dia, "Weh nama kau Amirul eh?" Dia buat muka macam apahal-budak-ni then kebetulan sampai stesen Damai. Aku buat-buat dah sampai sebab tak sanggup tahan malu.

Turun LRT. aku cakap dalam hati, "#$%^&* asal aku gi tanya camtu!"

Ok next train. Aku masuk, berdiri sebelah ramaiiii perempuan teenagers yang sama-sama tunggu train dekat KLCC. Aku dengar sorang "Bukan tadi dia dapat train sebelum kita ke?". Haha! Siot betul jaga ah kain sendiri.

Ok cerita kelakar pulak, masa ni nak sampai stesen Setiawangsa. Train tu slowing down ah nak stop kan. One girl ada DSLR tergantung kat lehaq dia. Dia nak terjatuh, boleh pulak kawan dia pegang DSLR orang tu instead of pegang kawan dia yang dah nak terjatuh?

Aku gelak lepas tu laju-laju bawak kluar phone konon baca SMS kelakar -__________-

Lepas tu semua perempuan tu pandang aku buat muka slack.

Bye.

2 Awan:

Dila Jamalia berkata...

kau menarek perhatian kot sampai laki tu pandang kau, & the perempuan(sssss) boleh perasan yang kau naikm train before diorang. hehe and buat2 baca sms tu aku pun selalu buat xD

❤cik kipas❤ berkata...

hahah..
ksian....