14 September 2010

Apakan daya, masa tak akan kembali....

OMG (Oh Menarik Gila) Affin bank terlalu kreatif sampai aku dah tersebut-sebut "Oh Menarik Gila"

Apa yang menarik gila ni?!

Ceh macam lah nak buat iklan bodek Nuffnang. Hehe nanti nanti. Nanti I buat okay?

Sekarang aku nak cerita pasal macam mana aku celebrate Syawal 2010. Taknak cerita pasal first day sebab bosan sebab balik kampung lepas tu malam pergi lepak dengan cousin minum kopi dekat Khaleel Bukit Gambir, Penang. Oh ya, mesin reload XPAX yang dari tahun 2009 rosak masih belum dibaiki. Sedih betul -.-

End of 1st Syawal. Bosan kan?

Raya kedua, OMG BEST NYA! Pergi ziarah kubur arwah Tok Alam dengan arwah Unc Awal. Lepas tu pergi rumah Tok Min. Tapi malang sekali aku tunjuk ego taknak makan dengan golongan tua, nak makan dengan sepupu seumur dengan aku, so terlepas nak makan sebab mama nak chow awal sebab nak pergi check in hotel. Yada yada yada pergi minum soya, makan tauhuey belakang rumah Umi. The best tauhuey lah I tell you! Best in Penang!

Lepas tu balik ke rumah Umi siap-siap nak gi rumah Cek Neah dekat Tanjung Bungah. Open house catered by Shang-Ri La Hotel kau! Dont play play! Kambing dia pffth lembut sedap rasa semua blend ah. Lepas tu ABC buat sendiri, lepas tu Teh Ais Blended -_- Aku igt macam mana lah sepupu aku buat, rupanya ais untuk ABC tu kau campur dengan Teh Tarik -,-

Lepas habis rumah Cek Neah, balik rumah Umi main perang mercun. Mula-mula main bodoh-bodoh je baling mercun pop pop. Pastu mercun pop pop habis, baling mercun telur naga. Ambik kau lintang pukang lari! Semua orang cam hyped gila masa tu :')

Kat rumah Cek Neah ah collect duit raya paling banyak. Sebab semua tok tok sedara, aunties and uncles semua kat situ, apa lagi. Collect ah! Tapi kena jawab soalan wajib, "Ni anak sapa?" aku, "Anak Azimat *senyum lebar mengharapkan duit raya*" Oh yeah, satu lagi soalan! "Working or studying?" Pffth.

Lepas tu habis perang. Sesi penutupan, mercun yang macam fireworks tu, ok fine yang tu menarik. Part yang tak menarik, dalam dia ada cam biji2 ke apa aku pun taktau kena dagu aku sumpah sakit. Kak Farah kena kat lengan dia. Alhamdulillah takda apa. Aku igt kan kulit aku dah melecur ke apa tapi hek eleh, macam kena batu kecik je.

Lepas tu balik hotel tido :)

Lepas tu bangun tengahari sebab terlalu penat. Tengah hari pi makan nasi kandaq kat Deen(Jelutong) Pastu gi rumah Umi. Lepas tu lepak lepak borak gelak ketawa blablabla. Salam sebab nak balik ke KL.

Sebelum ke KL. Singgah Kulim pi rumah makcik. Lepas main dengan cucu makcik aku, merangkap anak kepada sepupu aku, dan anak buah kepada sepupu aku punya adik yang juga sepupu aku. Okay saja bikin blur. First time aku dukung baby yang betul-betul dukung tanpa baby tu menangis :')

Makan Laksa penang+kedah style. Sedap weh, though its her first time buat laksa, its not bad! Lepas tu Zupp meluncur ke KL.

Paling tak tahan, 9 jam duduk dalam kereta dari Kulim ke KL. Masa pergi dulu 3 jam je. Hmm.

RAYA 2010 BEST KECUALI SATU INSIDEN BIKIN AKU PANAS SAMPAI RASA TAKNAK MENGAKU DIA AKU PUNYA ...... heheh takde lah.

2 Awan:

amelia berkata...

weiii, best ah! OMG(Oh Menarik Gila!)
bole aku guna ayat tu utk slama2nya??

Dila Jamalia berkata...

First time aku dukung baby yang betul-betul dukung tanpa baby tu menangis :')

Macam kesian je baca ayat kau. heh





&, OMG Oh Menarik Gila berjaya buat aku tgelak sorang2 dalam bas masa lalu depan affin bank x)